10 Perkara Sia0-sia Kehidupan

Posted: Disember 6, 2010 in tazkirah@IHSAN

Alhamdulillah, setelah lama menyepi kerana berehat dan masih cuba menyesuaaikan diri di sekolah baru, kini saya telah mampu mengankat jari menaip semula dalam IHSAN dalam usaha meneruskan usaha dakwah…

Baiklah, kita berbalik semula ke konteks perbincangan kita hari ni, kita sedar hidup terlalu singkat dan sangat berharga maka Islam bukan sahaja melarang kita melakukan perkara-perkara dosa, malah perkara yang sia-sia. Bahkan, jika seluruh masa dalam hidup ini dihabiskan dalam ketaatan pun, manusia masih tidak mampu membalas seluruh kebaikan Allah SWT. Baca baki entri ini »

Disebalik Iblis

Posted: Januari 14, 2010 in tazkirah@IHSAN

eorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: ” Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku.” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). ”

2. Iblis berkata:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?.” Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.”

3. Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ” cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)” Baca baki entri ini »

Peace; Intifada

Posted: Disember 31, 2009 in community@IHSAN

Ini adalah puisi PERTAMA karangan saya… Saya menjumpainya ketika mngemas bilik tidur saya… HAYATILAH karya asli ni…

Aku cari keamanan
Aku cari ketenangan

Bukannya negeri ketenteraan
tidak bebas dari peperangan

Generasiku bebas berlari
tanpa takut bayangan sendiri

Bebaskan diri dari peluru
tanpa perlu takut diburu

Bilakah akan terbela
segala nasib mereka Baca baki entri ini »

Kenali Hp Ori, AP & Underwater

Posted: Disember 22, 2009 in info@IHSAN

Kesukaran untuk mendapatkan panduan membeli telepon kadangkala merugikan kita ini kerana kita sering terdengar penipuan yang dilakukan oleh segelintar penjual telefon. oleh itu artikel kali ini kami akan cuba memberi sedikit panduan untuk membeli telefon baru. Pertama sekali saya ingin membincangkan berkaitan jenis telefon yang ada dipasaran.

Original Set
Ap Set
Under Water

Untuk memudahkan pemahaman anda saya masih menggunakan ketiga istilah yang biasa digunakan oleh penjual telefon. bagaimana untuk mengenalpasti ketiga-tiga jenis telefon ini. Harapan saya ia dapat membantu ada semua.

Baca baki entri ini »

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
Baca baki entri ini »

Guitar Tuner – by Guitar2ner.com

Posted: Disember 17, 2009 in Uncategorized

Online Guitar Tuner by Guitar2ner.com

Online Guitar Tuner by Guitar2ner.com

Jenis-jenis Marketing

Posted: Disember 15, 2009 in Uncategorized

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata, “Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku.”

Itu adalah DIRECT MARKETING.

Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda).Ia sangat kaya,kahwinlah dengan dia.”

Itu adalah ADVERTISING.
Baca baki entri ini »