Persoalan Agama: Maksud ‘Kami’ dalam al-Quran bentuk kekuasaan

Posted: September 27, 2009 in tazkirah@IHSAN

Soalan:
SAYA sering membaca terjemahan al-Quran selepas solat Maghrib. Saya dapati di dalam al-Quran kadang-kadang Allah SWT menggunakan perkataan Kami dan bukan Saya atau Aku bagi merujuk diri-Nya. Saya musykil, mengapa perlu ada banyak rujukan bagi Allah SWT?

Ingin Tahu,
Kuala Lumpur.

Jawapan:
Bagi menjawab soalan saudara, dikemukakan di sini contoh ayat yang dimaksudkan oleh saudara itu:

  • Ayat je 105 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya eng kau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.”
  • Ayat surah al-Hijr ayat ke 9, maksudnya: “Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” 

     

  • Ayat ke 40 surah Maryam: “Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.”
  • Ayat 43 surah Qaf: “Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah saja tempat kembali (sekalian makhluk).”

    Begitu juga di dalam surah yang berasingan, Allah SWT turut menggunakan ganti nama jamak yang merujuk kepada Kami. Ulama tafsir di kalangan yang terdahulu dan yang kemudian, contohnya Ibn Jarir al-Tabari, Ibn Athiyyah al- Andalusi, Ibn Kathir, Muhammad Ali al-Sabuni, Muhammad Mut awalli al-Sya’rawiy, Wahbah al-Zu haili dan ramai lagi bersepakat bahawa yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada Allah SWT.

    Ini disebabkan apabila Allah menceritakan tentang zat-Nya Dia akan menggunakan ganti nama jamak bagi merujukkan satu bentuk kekuasaan. Biasanya penggunaan ganti nama jamak yang merujuk kepada ‘Kami’ ini digunakan apabila bentuk-bentuk kekuasaan itu adalah sesuatu sifat yang khusus tentang diri-Nya yang tidak dapat dilakukan oleh sesiapapun. 

    Contohnya dalam keempat-empat ayat yang dikemukakan diatas adalah sesuatu yang tidak dapat di lakukan oleh manusia dan jin, iaitu kekuasaan menurunkan al-Quran yang menjadi panduan yang lengkap seperti dalam ayat ke-9 surah al-Hijr. Dalam ayat ke-9 surah al-Hijr pula Allah SWT menjelaskan bahawa al-Quran itu diturunkan oleh-Nya secara beransur-ansur tanpa melakukan sebarang percanggahan dalam isi kandungnya dan jaminan oleh-Nya untuk memelihara.

    Dalam ayat yang ke-40 surah Maryam pula Allah SWT memberikan kepastian tentang amanah pemerintahan untuk diserahkan kepada golongan mukminin mana kala dalam surah Qaf yang ke-43 pula SWT Allah menekankan kepada kita bahawa Dialah Yang Maha Berkuasa menghidup dan mematikan tanpa dapat ditentang oleh sesiapapun.

    Jelaslah menerusi contoh di atas ini penggunaan ganti nama jamak bukanlah bermaksud Allah SWT itu mentadbir secara berpasukan seperti yang dipercayai oleh golongan Musyrikin.

    Lebih jelas lagi penggunaan ganti nama jamak ini digunakan dalam perkara berkaitan ketetapan atau pun perintah. Sebaliknya apabila ia membabitkan pemberitahuan atau penceritaan tentang zat-Nya, maka kita akan melihat Allah SWT menggunakan ganti nama Ana. Sebagai contoh dalam ayat ke-14 surah Taha, apabila Allah memperkenalkan zat-Nya kepada Nabi Musa, maksudnya: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku.”

  • (Dipetik daripada Berita Harian)

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s