Konfrontasi Malaysia-Indonesia 2

Posted: Oktober 13, 2009 in community@IHSAN

ganyanghitamnerakakuAssalamualaikum..
Untuk pengetahuan anda semua, inilah satu2 post saya yg dikarang secara bersungguh2 dan 100% pure… kenapa????…

Untuk pengetahuam anda Konfrontasi pertama telah berlaku apabila Tunku Abd Rahman Putra al Haj mengumumkan pembentukan Malaysia yang meliputi Tanah Melayu, Singapura, Sabah Dan Sarawak. Indonesia yang menganggap perkara ini sebagai satu bentuk penjajahan baru barat dan satu usaha kerajaan Tanah Melayu untuk mengecilkan tanah mereka telah pun melancarkan konfrontasi. BAgaimanapun, hasil kolaberatif kreatif Tun Abd Razak dan Tan Sri Ghazalie Shafie dengan Tun Adam Malik, Menteri Luar Indonesia dan Jeneral Ali Moertopo di Bangkok dan Jakarta, konfrontasi Malaysia-Indonesia telah tamat.

Hari ini, sekali lagi Republik Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia!!!!… kenapa???, berita terbaharu saya terima ketika menulis post ini mengatakan, 50 org kebal Indonesia akan menyerang Malaysia, 116 Laman web Malaysia dihack, tentera buluh runcing akan merobek daging rakyat Malaysia di Indonesia dan bermacam 1001 hal lgi yang terjadi dalam usaha menjayakan konfrontasi yang terbit dr ilusi nafsu bertunjangkan patriotisme yang obses.

Boleh dikatakan satu alasan yang tidak logik utk memutuskan persaudaraan serumpun demi satu tarian??!!!…
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”(surah al imran 103)

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim juga telah menerangkan bahawa iklan yang tersiar dalam Discovery Channel itu tiada kena mengena dgn kerajaan Malaysia!!!, ttpi, knp konfrontasi masih diteruskan??Negara berjiran, budaya/ adat yg serupa , dua2 negara Islam , kecoh kerana tarian pendet yg kuno/ kelas 3…sepatutnya mereka rasa malu, tarian ini lambang kejahilan masyarakat Nusantara sebelum kedatangan Islam. Tarian ini juga adalah tarian Hindu, dan saya rasa Orang India lebih berhak tarian ini.

Walaubagaimanapun saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia.. Ketika saat Indonesia memerlukan bantuan, rakyat Malaysia tanpa berat hati menghulurkan bantuan walaupun saban detik Malaysia dihina, dicaci, lgu ‘Negaraku’ mnjadi ‘Nerakaku’, gambar kepala Yang diPertuan Agong diganti dgn kepala babi, peta Malaysia dihiasi najis, tetapi, rakyat kita tanpa lelah tetap memberikan bantuan sejak 40 tahun lalu hinggalah ke hari ini, rakyat Indon yg bekerja disini dalam keadaan damai, walaupun ternyata rakyat kita disana dalam keadaan takut, diselubungi risau dan ‘hukuman maut’!!!!

Komen-komen
  1. bilal lagi berkata:

    mantop lu bui idea. bleh aku copy!!!!!!.heh,heh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s