Kena Tindih…. Fakta & Auta

Posted: Oktober 20, 2009 in info@IHSAN

Just to share… aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and
readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih
ni…….betulkah kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin
atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan,
hujung jari, terasa berat kat dada…nampak benda-benda pelik-pelik (hantu,
makhluk hitam dan sebagainya) …..

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena….aku pun jujur
pernah ada pengalaman kena ‘tindih’ ni masa sekolah menengah dulu…adalah
dalam 3-4 kali jugak…masa tu aku sedar…boleh bukak mata separuh….. aku
tau aku sedar…tapi tak boleh gerak…kadang- kadang geram, sebab tak boleh
gerak…..lepastu 5 minit baru boleh gerak….aku dulu pun takut…memang ingat kena hempap dah…lepas boleh gerak tu seram sejuk jer…

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia….. baru la
aku tau kebenaran dia….
ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical
nya ‘sleep paralysis’

Sleep paralysis atau dimelayukan ‘lumpuh waktu tidur’…adalah condition
yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary
(sementara). …

temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa-masa nak tidur (hypnagogic
paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis)
ok, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak
atau REM (rapid eye movement…. .waktu nyenyak ni, bijik mata kita
gerak-gerak) stage….otak akan bagi tau badan kita suruh rehat…so, badan
kita kira macam switch off kejap….REM atonia (tader muscle tone)……
ok, otak kita pun ader switch off button….dipanggil reticular
activating system RAS……bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off
RAS ni…so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) sahaja
yang on….kiranya screensaver lah atau hibernate…

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik……kita sedar fully awake
state….tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak
suh switch on balik badan kiter…. maka masa tu laa badan kita lumpuh
seketika…before otak activate balik….memang menakutkan tapi benar….
tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full..kadang- kadang partial
atau sebahagian sahaja…tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain
lumpuh etc….

dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan
hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar
bunyi pelik-pelik) , visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan,
terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain..)

sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni…penat sangat)

4. stress yang banyak kat otak…masalah keluarga, kewangan bla-bla

5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah saja, tetiba esok pergi panjat gunung, kayuh basikal….heheh extreme sangat contoh
aku ni)

6. orang yang ada penyakit narcolepsy

~got this info dr email yg di forward… interesting fact indeed~
nsleep0606

Komen-komen
  1. kalo nok cerita pasal hantu takpe tapi jangan kaitkan dengan perkataan lembaga H………I……..T……..A………M……….., terase gue

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s