Antara Nafsu Dan Mampu

Posted: November 26, 2009 in community@IHSAN, tazkirah@IHSAN

Dengan nafsu kita akan mampu, mampu berendam zina, mampu menghembus fitnah, mampu menggembur jiwa yang tenang dan mengoncang iman tidak kira keatas diri kita sendiri atau diri orang lain.

Sebelum meneruskan tulisan saya, mari kita singkap sejenak kisah kesombongan nafsu yang bermula sejak penciptaanya lagi, tidak seperti syaitan yang memulakan sejarah hidupnya sebagai hamba yang paling taat, tetapi ingkar selepas kemunculan Adam. Sebaik sahaja nafsu dicipta, Allah S.W.T bertanya:”aku siapa dan kamu siapa?”. Lalu nafsu menjawab “Kau adalah Kau dan aku adalah aku”. Allah kemudiannya menyeksa nafsu didalam pejara yang paling panas. Selepas nafsu dibebaskan, soalan yang sama diajukan. Namun jawapan yang sama juga diberikan. Begitu juga selepas diseksa didalam penjara yang paling sejuk. Diringkaskan cerita, nafsu kemudiannya dipenjarakan ditempat yang tiada makanan. Selepas ia dibebaskan dan diajukan soalan yang sama, barulah ia menjawab,”anta rabbi wa ana abduka(Kamu Tuhan dan aku hambamu)”.
Apa yang cuba saya singkap hari ini adalah tentang kita @ manusia @ sebaik-baik kejadian. Kita seringkali tewas dengan godaan nafsu, tidak kira dari sudut apa sekalipun. Jika dulu tangga dan lif digunakan untuk memudahkan perjalanan ke tingkat atas pusat beli-belah, tetapi kini ia adalah tempat ekspress untuk melakukan maksiat. Hasilnya wujudlah generasi-generasi baru yang tidak diketahui asal usulnya. Generasi yang tidak berdosa ini pula kemudiannya akan menghiasi tong-tong sampah, tangga-tangga masjid, stesen monorel atau mana-mana tempat yang dianggap ‘selamat’ oleh ibunya untuk ditinggalkan. Betul, kita sebagai rakyat Malaysia mahu merialisasikan impian kerajaan kearah rakyat Malaysia 70 juta orang, tetapi ini bukan caranya!.

Tidak lupa juga dalam soal remeh temeh seperti membeli-belah, kita sering mengdahulukan nafsu daripada tuhan. Bila pergi ke pusat membeli-belah tiada lagi istilah Pengguna Bijak. Kemampuan sering dianak tirikan dan keinginan bermaharajalela, ketika itulah `nafsu didahulukan, keinginan diutamakan’. Maka mulalah memakai tali pinggang baru(hutang keliling pinggang), cukup bulan, orang ketuk pintu rumah guna parang, pergi bank gaji tinggal Rm1 sebab habis kena potong, bil kad kredit penuh peti surat, kereta kena tarik, candle light dinner(api kena potong) dan bermacam lagi kejadian pelik tapi benar.

Pada suatu ketika, selepas perang Uhud, Abu Bakar telah bertanya kepada Rasulullah,”adakah lagi jihad yang lebih besar daripada peperangan Uhud ini?”, Rasulullah menjawab,”ada, iatu, jihad melawan nafsu”. Renung-renungkanlah.

Apa yang pentingnya sekarang adalah cubaan kita untuk melawannya. Sentiasalah mengingati Allah, jangan jadi seperti sesetengah orang yang hanya mengingati Allah ketika Berkahwin, dapat anak dan mati dengan alasan JODOH, PERTEMUAN, AJAL DAN MAUT DITANGAN TUHAN. Ingat, Firman Allah dalam Surah al Mulk, ayat ke-2, “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”.

*facebook BADAI akan menyusul bulan 12, utk search: badaimaher@yahoo.com
*Shoutbox IHSAN, diatas permintaan ramai akan menyusul bulan 12, Insyaallah..
*happy GOLDEN HOLIDAY utk Maherianzzz…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s