Sketsa Malam Exam AA-Jpah (Cereka Rekaan)

Posted: Disember 13, 2009 in community@IHSAN, fun@IHSAN

SEMAKIN lama, semakin laju tangan Arif mengaru kepala. Manakala sebelah lagi tanganya kemas menggenggam sebuah buku. Puas dia menatap setiap perkataan yang sedia tercetak di setiap halaman buku tersebut, namun dia tetap buntu. Mengira setiap huruf pada setiap perenggan pun dia tidak mampu.

Lama dia merenung buku tersebut. Matanya memaku, tetapi akalnya entah kemana. Perlahan-lahan dia menutup buku itu dan kembali berbaring diatas katil bujang miliknya. Sama seperti setiap lima minit sebelumnya.

“Macam mana ni? Satu benda pun tak melekat dalam otak aku. Asal aku bukak buku jer, terus rasa nak pitam”. Arif berkata-kata sendiri.

Segala cara telah Arif praktikkan supaya apa yang dibaca melekat dalam otaknya. Dicuba cara meniarap, tak boleh. Dicuba cara terlentang, tak boleh. Dicuba cara mengiring, tak boleh. Dicuba cara mengulangkaji sambil mendengar mp3 pun tak boleh.

Entah makhluk mana yang membuat teori bahawa dengan mendengar muzik sambil membaca boleh menambah minat untuk mengulangkaji pelajaran. Arif lebih banyak menyanyi daripada belajar ketika mempraktikkan kaedah itu. Tak tahulah pulak kalau soalan yang keluar ada kaitan dengan lagu yang dinyanyikan.

“Kenapa ni Arif? Mak tengok kau ni macam kena demam kuning je?”. Tanya mak Nah tatkala melihat anaknya sedang membaca dengan gaya teknik yoga.

“Arif tak boleh tumpukan perhatian masa mengulangkajilah mak! Dah macam2 cara dah Arif buat, semua tak jadi”.

Mak Nah tersenyum. Arif ternyata anak yang rajin. Bukan seperti remaja lain yang sibuk dengan konsol permainan terbaharu ataupun sibuk belajar cara2 mengurat anak dan mak dara, Arif lebih suka menelaah dan menimba ilmu. Mak Nah berasa sangat senang dengan perkara ini.

“Mak senyum2 ni kenapa? Arif tengah susah hati ni!” rungut Arif perlahan.”Mak tahu Arif susah hati. Sebab tu mak nak bagitau Arif ni. Mak dah telefon J-pah tadi. Mak suruh dia ulangkaji kat sini dengan Arif. Kejap lagi sampailah tu”.

Terdengar suara orang member salam dari luar. Mak Nah segera menyambutnya dengan suara yang sengaja dikuatkan. Jarak bilik anak lelakinya dengan pintu hadapan agak jauh. Segera Mak Nah melangkah ke ruan tamu.

“Arif kat mana mak cik?” j-pah menyoal. “ada kat bilik tu, tegah belajar sambil urut kepala” adu Mak Nah kepada J-pah.

J-pah ketawa sinis. Langkahnya segera dihayun menuju ke bilik Arif yang bersebelahan dengan dapur. Sebaik sahaja dia menjengah ke pintu bilik, kelibat Arif yang sedang menggaru kepala segera terpapar di depan mata.

“Rajin belajar sedara!” tegur J-pah. Arif segera menoleh kearah suara yang baru sahaja melalui gegendang telinganya. J-pah yang berdiri di muka pintu, tersengih-sengih seperti kerang busuk. Agaknya J-pah baru makan kerang busuk, sebab itulah senyumnya tak tumpah seperti kerang busuk. Mungkin juga J-pah ada membela kerang didalam mulutnya.

“yang kau berdiri kat situ macam pak guard tu kenapa? Masuklah, macam tak biasa pulak”. Pelawa Arif. Segera J-pah melangkah masuk dan duduk disebelah rakanya. “ni pelawa aku masuk ni takde kudapan ke apa ke?”.

“Kudapan takde, Accapan adalah! Banyaklah kau punya kudapan. Aku tengah sibuk menghafal formula ni tau tak!”. Ucap Arif dgn 3¼ marah. Terdekah-dekah J-pah mentertawakan Arif. Dia hanya bergurau, tetapi Arif tiba2 melenting. Nampak sgt Arif dlm keadaan tertekan. Tawanya yang td kuat, menjadi perlahan. Dia tahu yang Arif tidak mahu sama2 berkongsi kelucuan itu.

“Kau tak risau ke? Esokkan kertas matematik”. Soal Arif. “abis tu, apa kna-mengena dgn matematik pulak?”, soal J-pah dengan slambernya. “Iyelah!, klau soalan matematik tu senang mcm pendidikan jasmani takpalah jugak. Dah berpinar mata aku menghadap buku nota ni, menghafal setiap formula”, tambah Arif. “senang2, kau jawab je Formula 1, abis cerita!”

“ Opah kau Formula 1! Dahlah siang td aku jwb soalan sains asyik tergaru-garu kepala je” rungut Arif kepada J-pah yg asyik mengorek hidung. Jpah tersengih-sengih lagi. Melihat rakanya itu yg acapkali gemuruh setiap kali ada masaalah membuatkan dirinya berasa gelihati. Itulah padahnya mengulangkaji pada saat2 akhir. J-pah awal2 lg sdah bersedia. Sbb itu dia tdk merasa tertekan sgt.

Setelah lama berbual kosong dgn Arif, akhirnya Jpah meminta diri utk pulang keranan mlm sdh smakin larut. Tambahan pula dia bknlah tergolong dlm kategori org yg berani. Kwsn rumah Arif yg di penuhi pokok2 bsr jga tidak memungkinkan dirinya utk tggal di situ lebih lama.

Keesokan harinya setelah mereka menyudahkan kertas peperiksaan bg subjek matematik, mereka berdua berehat sebentar di bawah sepohon pokok berhampiran kantin. J-pah masih tersenyum seperti semlm manakala Arif asyik menggelengkan kepala ke kiri dan ke kanan.

“Habis aku habis!” ngomel Arif. “Kenapa?” Tanya J-pah kehairanan. “Byk soalan aku x dpt jwb td. Mula2 aku dah yakin dah. Tiba2 otak aku jd kejang. Langsung x dpt ingat apa aku baca mlm td”. Arif menjelaskan.

“Itulah kau! Tak nak bersedia awal2. Tengok mcm aku ni, sentiasa besedia utk sebrg kemungkinan”, ujar J-pah sambil menepuk dada. “eh, aku tgk kau td bkn main senang je jwb soalan? Rasanya dlm kelas kau lah yg paling bengap sekali dalam subjek matematik. Kau ada ambik kelas intensif atau insentif ke?”.

“mana ada! Aku pun byk jugak soalan yang x dpt jwb td. Tapi nak buat mcm mana, aku memang ditakdirkan sebagai seorg genius”, terang J-pah dgn nada berlagak nak mampus. “Dah tu, kau x dpt jwb, apa yg kau tulis?”.

“Senang je, cth mcm soalan nom lima tadi, dia tnya pasal rumus algebra, aku jwblah ‘Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui!’ yang lain pun aku jwb mcm tu jugaklah” ujar J-pah selamba.

Arif terlopong tanpa sepatah perkataan keluar dari mulut. Buat kali pertamanya dia merasakan bahawa J-pah bknlah seorg manusia, tetapi seekor cerpelai amfibia berdarah beku!.

*di petik dan diubahsuai drpd majalah tempatan
* oleh krn blog IHSAN™ drpd WordPress™, maka ShoutBox tidak dpt dipaparkan pada tetingkap sisi sprti blog lain. Utk menggunakan Shoutbox, anda blhlah klik pd butang show Shoutbox.
*sbrg idea atau komen blhlah dihtr ke email IHSAN™/ ShoutBox/post comment/Twitter=AAIHSAN™

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s