10 Perkara Sia0-sia Kehidupan

Posted: Disember 6, 2010 in tazkirah@IHSAN

Alhamdulillah, setelah lama menyepi kerana berehat dan masih cuba menyesuaaikan diri di sekolah baru, kini saya telah mampu mengankat jari menaip semula dalam IHSAN dalam usaha meneruskan usaha dakwah…

Baiklah, kita berbalik semula ke konteks perbincangan kita hari ni, kita sedar hidup terlalu singkat dan sangat berharga maka Islam bukan sahaja melarang kita melakukan perkara-perkara dosa, malah perkara yang sia-sia. Bahkan, jika seluruh masa dalam hidup ini dihabiskan dalam ketaatan pun, manusia masih tidak mampu membalas seluruh kebaikan Allah SWT.

Apatah lagi, kalau banyak perkara yang sia-sia yang kita lakukn. Mereka yang mensia-siakan hidup dengan perkara yang sia-sia adalah orang yang “bankrap “dalam “perniagaannya” dengan Allah SWT.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauzi dalam kitab Al-Fawaid, ada 10 perkara sia-sia yang jika kita lakukan, insyaAllah ianya berkesan menggagalkan kehidupan kita samada di dunia, juga diakhirat.

1. Ilmu yang tidak diamalkan.

2. Amalan yang tidak disertai keikhlasan atau tidak mengikut contoh baik umat terdahulu (sunnah rasulullah dan sahabat).

3. Harta yang ditimbun, kerana pemiliknya tidak dapat memanfaatkannya semasa hidupnya mahupun mendapat ganjaran dengannya (harta tersebut) di akhirat.

4. Hati yang tiada perasaan cinta dan harap kepada Allah, dan berusaha menghampirkan diri kepadaNya

5. Tubuh badan yang tidak mematuhi suruhan Allah dan berkhidmat untukNya

6. Mencintai Allah tanpa mematuhi suruhanNya dan mencari keredhaanNya

7. Masa yang tidak digunakan untuk menghapuskan dosa (bertaubat, beramal baik dsb) dan digunakan untuk melakukan amal kebaikan.

8. Akal fikiran yang berfikir perkara sia-sia.

9. Bekerja/berkhidmat untuk seseorang yang tidak mendekatkan diri kita kepada Allah, mahupun memberikan manfaat buat kamu di dunia.

10. Mengharap dan merasa takut pada seseorang yang pada hakikatnya tertakluk sepenuhnya pada kekuasaan Allah; sedangkan dia sendiri tidak dapat memberi apa-apa manfaat atau bencana kepada dirinya sendiri; apatah lagi dalam urusan hidup dan mati, dan tidak juga berupaya menghidupkan kembali dirinya sendiri.

Namun, perkara yang lebih besar daripada segala yang tersebut di atas ialah membazir hati/jiwa dan masa. Membazir hati/jiwa ialah dengan mengutamakan kehidupan dunia berbanding akhirat, manakala membazir waktu ialah dengan angan-angan. Kehancuran berlaku apabila seseorang itu bertindak mengikut hawa nafsu dan berangan-angan, sedangkan kebaikan hanya dapat diperolehi dengan mengikut jalan yang benar dan bersiap sedia untuk bertemu dengan Allah.

Tidakkah pelik, seorang hamba itu apabila berhadapan masalah dalam hidupnya (duniawi), dia memohon bantuan Allah, tetapi dia tidak pula memohon pertolongan Allah untuk menyembuhkan hati/jiwanya yang sakit sebelum ia (hati) mati akibat kejahilan, kelalaian, mengikut hawa nafsu dan bergelumang dengan bidaah. Contohnya, kalau di sekolah, kita seringkali mendengar “wei exam dh dekat, xnk taubat ke?”. Ini seolah-olah menggambarkan Allah hanya wujud ketika musim peperiksaan sahaja!.

Dipetik dan diubahsuai daripada blog Remaja HALUAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s